Thursday 2 August 2012

Cara-cara pengambilan Ibu Collagen


Di sini saya akan terangkan step by step cara penyediaan original collagen
terutamanya untuk pengguna yang pertama kali ingin mencubanya... :-)

Seaweed Gred AAA kering
Mula-mula kita ambil sedikit seaweed anggaran 50gm

Rendamkan dalam air (air bersih dari klorin lagi baik) hingga semua dilitupi air.
Tujuan rendam supaya dapat membekalkan oksigen kepada seaweed yg kering.

   
Keadaan seaweed selepas 1~2 jam..
Ia akan mula mengembang sekali ganda dari saiz asal.
Kita hendaklah sentiasa cuci+bilas (macam basuh beras)
& rendam semula beberapa kali untuk sehari dua. Tujuannya ialah
membuang garam laut yang masih melekat di tangkai2 seaweed.
 
Selepas 2~3 jam seaweed akan start mengembang lagi.. :-)


    
Keadaan seaweed yang dah ready dalam periuk untuk direbus
(keadaan selepas melalui proses rendam+cuci+bilas untuk 1~2 hari)

Tuangkan air bersih 1.5~2liter dan rebus selama 20~40min
hingga seaweed hancur/larut. Jgn risau, kalau tak cukup air dan seaweed
masih belum larut, sila tambahkan air sedikit demi sedikit.
Step ini sama macam nak masak agar2.
Tips : Tambahkan DAUN PANDAN untuk mengurangkan bau hanyir laut!
Keadaan seaweed yang telah larut. Biarkan sejuk untuk seketika.

Rupa seaweed jarak dekat. Jangan risau, tidak semestinya seaweed mesti 100% larut. Bagi sesetengah orang, mereka akan tapis seaweed yang tidak larut diasingkan untuk dijadikan masker (tepek kat kulit muka atau tempat kulit yang berparut). Cara saya, tidak tapis tapi TERUS tuang semua dalam bekas dan masukkan dalam fridge.
Seaweed yang dah dimasukkan dalam 1 bekas dan ready masuk dalam fridge.
TIDAK PERLU disimpan dalam freezer. Sesetengah orang suka masukkan dalam bekas2 kecil, bagi saya ia leceh sebab banyak ruang dan masa nak digunakan..
    

Seaweed yang telah beku, saya potong2 macam nak makan agar-agar tu.. bila nak guna, ambil sepotong. Size ikut suka masing-masing. Bagi saya senang saya nak budget bila saya perlu rendam dan rebus stok baru..
 
Ambil sepotong masukkan dalam mug/mangkuk.

Gunakan garpu dan lenyek-lenyekkan. Untuk dijadikan masker, seaweed yang dah hancur ni boleh juga tepek kat muka atau kawasan kulit berparut/bermasalah.

Untuk dijadikan minuman, seaweed yang dah dihancurkan tadi tu ditambahkan kedalam air jus/kordial. Rasanya seaweed ni lebih kurang macam minum air tin JUSTEA+Aloevera gitu..

Lebih kurang sama macam minum air tin JUSTEA aloevear

Rupa perbezaan seaweed Gred A (kiri) dan Gred AAA (kanan)